Thursday 3 July 2014

Tanda-tanda ingin bersalin / melahirkan anak

Hi mommies out there! cewah, kemain betul saya nak berbahasa inggeris. Walaupun tajuk blog bahasa Inggeris, tapi isinya bahasa melayu ok. hehehe.

entri kali ini untuk mommies yang sedang mengandung. terutama yang baru pertama kali mengandung. Bagus untuk ketahui tanda-tanda ini. Sebab kalau lambat ke hospital alamatnya bersalin kat rumah atau dalam kereta la kita. :)


:::: 10 Tanda-tanda Bersalin ::::

Selepas usia kandungan sudah 38 minggu ke atas boleh lah bakal-bakal mommies memerhatikan tanda-tanda hendak bersalin. Di sini terdapat 10 tanda-tanda bersalin :

1. Kontraksi Rahim
- Kontraksi adalah rasa tegang pada perut, kadang-kadang bakal ibu akan berasa sakit di tengah perut sehingga ari-ari. Kontraksi akan berlaku semakin kuat dan dalam sela masa teratur. Sila lihat jam anda berapa selang masa berlakunya kontraksi. Jika dalam sela masa 5 minit dan mengeras dalam 20 ke 45 saat. Sila ke klinik dengan segera.

2. Sakit Belakang
- Rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap.

3. Pecah ketuban
- Keluar air jernih dari rahim. tak berbau.

4. Lendir pekat bercampur darah
- Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah. Tapi bila dah ada rasa sakit (kontraksi kuat dan kerap) baru ke klinik .

5. Serviks terbuka
- hanya doktor yang boleh cek bukaan serviks, bila dah mencapai 10cm baru proses bersalin akan dimulakan.

6. Kerap terkentut
- Sesetengah wanita akan kerap terkentut

7. Perut rasa memulas seperti nak buang air besar
- Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk buang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati...

8. Kerap terkencing
- Akan kerap terkencing sebab bayi sudah mula bergerak ke bawah.

9. Perut kelihatan membuncit bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong.
- Menandakan bayi dah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera

10. Berat badan berkurangan
- Berat badan akan berkurangan sedikit apabila masa bersalin hampir tiba.

Ini pengalaman saya (penulis entri ini) --- Sewaktu anak pertama dulu, saya pecah air ketuban. rasa hangat je mengalir. banyak sangat ok. Sampaikan pakai maternity pad pun tak menahan jugak. habis lencun kain batik pakai time tu.

Memang itu dah tanda sangat, terus ke hospital. bukaan 1 cm. menahanlah sakit kita ni 8 jam. baru jalan buka besar.

Anak kedua, sakit perut memulas nak buang air besar. memang cirit birit saya waktu tu. keluar masuk tanda. macam salah makan kan. cirit birit dah sudah. sampaikan takde apa nak keluar lagi. tapi sakit perut memulas lain macam. selang 5 minit rasa sakit dan makin kerap. haa...itu pun rupanya tanda bersalin. Tapi anak kedua ambil masa sikit. tak rushing sangat. jadi saya berjalan-jalan kat dalam rumah.

Tak tahan sangat, pergi hospital. dah buka 5 cm. Allah mudahkan jalan -- kali ni 2 jam je keluar baby.  Maknanya saya dah lalui no 3 dan no 7.

Macam mana pengalaman mommies yang lain? yang dah melahirkan anak ramai lagi banyak pengalaman kan? boleh lah kongsi di ruang komen. 

Kepada yang bakal melahirkan anak. Jangan risau, nak bersalin ni sakitnya rasa macam nak buang air besar je. hehehe sakit memang sakit. tapi sakitnya tak adalah sampai keluar air mata. itu lah yang mak saya cakap dulu. sampai sekarang saya ingat. Sakit yang tak keluarkan air mata. hehehe..

ok, jumpa lagi mommies! 

4 comments:

  1. Tanda-tanda Ingin Bersalin
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/08/tanda-tanda-ingin-bersalin.html

    ReplyDelete
  2. Tak keluar air mata eh..saya rasa bergelen2 keluar air mata menahan kontraksi masa menunggu bukaan sampai 10cm hahaha

    www.iburayyan.com

    ReplyDelete
  3. Kerap terkentut.. ? Pun boleh?

    ReplyDelete
  4. Pagi tadi sy cirit birit.Sekarang sy kerap terkentut😂Tadi trasa nak buang air besar tapi bila g toilet x nk pulak kluar..skrang usia kndungan sy 39 week 2 hari..Ank first niy..Mohon pencerahan sis😊

    ReplyDelete