Thursday 27 June 2013

Ibu Dalam Pantang : Resepi Ikan Haruan Kukus

Hai Mommies,

Tahniah kepada para mommies yang dah selamat melahirkan anak. alhamdulillah. bertambah lagi umat Muhammad di dunia ini.

Kat sini, saya ada satu resepi khas untuk mommies yang dalam pantang. Nanti boleh lah suruh suami / mak atau sesiapa yang menjaga mommies untuk masak ya. Mudah aje :)


Resepi Ikan Haruan Kukus


Bahan-bahan:

500 gm ikan haruan
5gm kulat hitam (dihiris halus)
10 gm bawang putih (dihiris halus)
20gm halia (dihiris halus)
15 ml serbuk ada hitam
1 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar (dihiris)

Cara Penyediaan:

1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan bawang putih, halia dan kulat hitam yarigtelah dihiris halus.
3. Masukkan pula sedikit air ke dalam kuali. Kemudian panaskan.
4. Tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
5. Sebelum dihidangkan, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.

Resepi ini boleh je guna untuk ikan lain. Ikan siakap ke...hehe...terpulang pada selera mommies la ya.

Resepi ini telah diambil daripada www.resepi4u.com

Kalau nak lebih banyak resepi dalam pantang boleh ke laman web itu.

Selamat menjadi panda wahai mommies yang baru melahirkan anak. :)

cik puan : seronoknya!

Wednesday 26 June 2013

Ibu Mengandung : Urutan Perineum

Hai mommies!

Macam mana kesihatan hari ini? Dengan cuaca jerebu sekarang ni, hopefully mommies semua jaga kesihatan ya. Terutama bakal-bakal mommies ni. Banyakkan minum air masak. Dan jangan terlalu terdedah dengan udara yang kurang sihat. Kalau boleh, duduk rumah jela ye.

Baiklah, hari ini kita sembang pasal urutan Perineum? Mommies semua dah hadiri kelas Antenatal ke belum? Kalau belum, nanti pergi nurse kat sana akan terangkan mengenai urutan Perineum. Jadi kira ni study dulu la sebelum masuk kelas. Kalau yang dah pergi kita refresh balik ya, apa itu urutan Perineum.


Bagi ibu mengandung harus tahu mengenai urutan ini untuk mengelak episiotomi iaitu kena gunting dan jahitan selepas bersalin.

Ini la namanya episiotomi..Tempat yang akan di gunting tu. 

Menurut doktor/nurse, kemungkinan dapat jahitan itu sangat tinggi kalau time kita meneran tu kita terangkat bontot, atau pun kepala baby besar, jadi kena gunting dan yang seumpama dengannya. Melalui urutan Perineum ni, InsyaAllah...kita boleh elakkan. Maksud elakkan di sini BUKANLAH CONFIRM punyalah tak kena episiotomi. Maksudnya kita boleh la cegah dengan membuat persiapan. Mencegah itukan lebih baik daripada mengubati. Cewah~!


Pertama kali melakukannya memang akan rasa sakit. Doktor dah pesan tu. Kalau sakit buat setakat yang mampu. Nanti dah hari-hari buat kita tak rasa sakit lagi. :) Yup! first time buat tu memang sakit. (saya sudah melakukannya dulu) Seeloknya buatlah selepas mandi sebab bahagian perineum lebih lembut dan selesa bila disentuh.

Teknik urutan perineum
1. Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina.  Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar.  Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat.  Ulang semula sehingga 10 kali.

Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.

sumber : http://www.oxfordradcliffe.nhs.uk/forpatients/090427patientinfoleaflets/090924perinealmassage.pdf
*Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perineum (macam mana nak urut, jari nak letak kat mana) mommies boleh la google sendiri ek. Sebab gambar-gambarnya sangatlah 18SX . hehe...

So, mommies semua jangan lupa ya, bila kandungan dah cecah 36 minggu dan ke atas. boleh lah mula untuk buat urutan ini. InsyaAllah, mungkin dapat elakkan. Tak percaya tanya mommies lain yang dah pernah buat.

Selamat berjaya!

cik puan : belum cuba belum tahu. :)


Tuesday 25 June 2013

Pakej Bersalin Hospital Pusrawi - Kuala Lumpur

Hai, jumpa lagi para ibu / bakal ibu.

Hari ni kita cerita pakej bersalin di Hospital Pusrawi, KL pula ya.
Harga untuk pakej bersalin di Hospital ini berbeza-beza bergantung kepada hak exclusive yang anda mahukan. Cewah...Kalau nak privacy, mestilah harganya mahal sikit kan?

Jadi untuk para ibu saya amik pakej yang termurah


Pakej Bersalin Hospital Pusrawi - KL

Pakej 3 - RM 2000



PAKEJ BERSALIN

  • PAKEJ 1
  • BILIK SEORANG
  • RM 2350
 Image

  • PAKEJ 2
  • BILIK BERDUA
  • RM 2150
 Image

  • PAKEJ 3
  • BILIK BEREMPAT
  • RM 2000
 Image


Pakej Termasuk :
  • Prosedur Kelahiran Normal.
  • Penginapan 2 Hari 1 Malam
  • Perundingan Pakar Perbidanan Dan Pakar Kanak-Kanak
  • Ujian Darah (G6PD, TSH, Blood Group) Hepatitis B, Vitamin K dan Suntikan BCG.
  • Caj Nurseri & Cukai Kerajaan
 nurseri.jpg baby.jpg

Pakej Tidak Termasuk :
  • Sebarang Komplikasi Semasa Prosedur.
  • Bayaran Di Luar Prosedur ( Tambahan Caj )
  • Ubat-ubatan Dan Suntikan Di Luar Pakej.

Syarat-syarat : 
  • Pakej Untuk Warganegara Malaysia Sahaja.
  • Kelayakan Untuk Pakej Ditentukan Oleh Pakar Perbidanan Pusrawi.
  • Membuat Pemeriksaan di Pusrawi Sekurang-kurangnya 2 Bulan Sebelum Tarikh Kelahiran.
  • Membuat Bayaran Penuh Semasa Mendaftar.
  • Pakej Tertakluk Di Bawah Terma & Syarat.
  • Pakej Terbatal Jika Komplikasi Berlaku.
Nota:
Untuk Pendaftaran Dan Sebarang Pertanyaan sila hubungi 03-2687 5000 samb. 2908, 2211, 2270, 2280, 5017, 5042.

Semua tu copy aje daripada website Hospital Pusrawi. Nanti boleh klik aje link kat atas tu ya.

Nak tahu pengalaman bersalin ibu-ibu di sini? Jangan risau, saya akan listkan untuk anda. :) saya kan baik. hehe...

Pengalaman bersalin versi Ekin


Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur


Tak banyak pula yang saya jumpa. Nanti kalau ada saya update lagi ok.

cik puan : Mahu bersalin di hospital swasta atau hospital kerajaan?



Monday 24 June 2013

Pakej Bersalin Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM) - Bandar Baru Bangi

Hai semua ibu-ibu / bakal ibu,

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog picisan ini. Memandangkan ramai ibu-ibu dan bakal-bakal ibu di luar sana yang sering memerlukan maklumat berkaitan ibu dan anak, maka wujudlah blog yang tidak seberapa ini.

Hari ini saya akan mulakan entry pertama "Help Mommies" dengan pakej-pakej bersalin yang munasabah dan sangat berbaloi untuk anda yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.

Maklumat yang saya perolehi ini hanyalah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. InsyaAllah, kalau saya ada maklumat banyak lagi, saya akan maklumkan untuk Negeri-negeri lain pula ya. Jangan berkecil hati ya ibu-ibu yang di luar kawasan tu. InsyaAllah.


Pakej Bersalin Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM) (Bangi)

Pakej NURKASIH - RM 1275


4 katil setiap bilik
  • Gim : PERCUMA 1 KALI penggunaan alatan gim, senaman berkumpulan, jakuzi, sauna dan mandia wap
  • Spa : 50% diskaun untuk 2 jam Pakej Spa

Setiap pakej yang ditawarkan meliputi:
  • Rawatan daripada pakar perbidanan dan pakar sakit puan(Perempuan)
  • Penginapan selama 2 hari 1 malam beserta makan
  • Nurseri, Ujian Kumpulan Darah, G6PD, dan suntikan (Vit, K, BGG dan Hep B1)
  • Pemeriksaan CTG( 2 kali setiap 10 minit mengikut sesi)
  • Pemeriksaan bayi oleh pakar
  • Penyediaan peralatan perubatan dan keperluan asas kehamilan

Syarat dan terma:
  • Menggunakan kaedah kelahiran normal
  • Pembayaran boleh dilakukan menggunakan:
  • Pembayaran Tunai
  • Kad Kredit
  • Skim Ansuran Antenatal sebelum kelahiran
  • Pemeriksaan sekurang-kurangnya 2 kali oleh Pakar Sakit Puan dan Perbidanan
  • Bayaran tempahan sebanyak RM300 diperlukan bagi setiap pakej yang ditawarkan
  • Bayaran tambahan diperlukan untuk tambahan peralatan atau ubatan semasa proses kelahiran menggunakan kaedah-kaedah khas seperti Vacuum, forsep dan suntikan anestetik.

Kalau para ibu / bakal ibu nak tahu pengalaman mommies lain yang bersalin di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah AZIM ini, saya senaraikan blog-blog mereka di bawah.


Pengalaman Bersalin di Pusat Rawatan Islam Azzahrah



LahIrnya SeorAng Puteri BerNama AZMUNA ZULFA




Detik 21 june 2012


Tak cukup lagi? heh. Awak kena cari sendirilah sayang. Saya bagi sekadar yang termampu. Nanti esok kita cerita pakej bersalin yang lain pula ya.

C ya~~

cik puan : seronok kan menunggu kelahiran bayi, lagi-lagi anak pertama :) :) :)