Thursday 3 July 2014

Tanda-tanda ingin bersalin / melahirkan anak

Hi mommies out there! cewah, kemain betul saya nak berbahasa inggeris. Walaupun tajuk blog bahasa Inggeris, tapi isinya bahasa melayu ok. hehehe.

entri kali ini untuk mommies yang sedang mengandung. terutama yang baru pertama kali mengandung. Bagus untuk ketahui tanda-tanda ini. Sebab kalau lambat ke hospital alamatnya bersalin kat rumah atau dalam kereta la kita. :)


:::: 10 Tanda-tanda Bersalin ::::

Selepas usia kandungan sudah 38 minggu ke atas boleh lah bakal-bakal mommies memerhatikan tanda-tanda hendak bersalin. Di sini terdapat 10 tanda-tanda bersalin :

1. Kontraksi Rahim
- Kontraksi adalah rasa tegang pada perut, kadang-kadang bakal ibu akan berasa sakit di tengah perut sehingga ari-ari. Kontraksi akan berlaku semakin kuat dan dalam sela masa teratur. Sila lihat jam anda berapa selang masa berlakunya kontraksi. Jika dalam sela masa 5 minit dan mengeras dalam 20 ke 45 saat. Sila ke klinik dengan segera.

2. Sakit Belakang
- Rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap.

3. Pecah ketuban
- Keluar air jernih dari rahim. tak berbau.

4. Lendir pekat bercampur darah
- Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah. Tapi bila dah ada rasa sakit (kontraksi kuat dan kerap) baru ke klinik .

5. Serviks terbuka
- hanya doktor yang boleh cek bukaan serviks, bila dah mencapai 10cm baru proses bersalin akan dimulakan.

6. Kerap terkentut
- Sesetengah wanita akan kerap terkentut

7. Perut rasa memulas seperti nak buang air besar
- Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk buang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati...

8. Kerap terkencing
- Akan kerap terkencing sebab bayi sudah mula bergerak ke bawah.

9. Perut kelihatan membuncit bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong.
- Menandakan bayi dah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera

10. Berat badan berkurangan
- Berat badan akan berkurangan sedikit apabila masa bersalin hampir tiba.

Ini pengalaman saya (penulis entri ini) --- Sewaktu anak pertama dulu, saya pecah air ketuban. rasa hangat je mengalir. banyak sangat ok. Sampaikan pakai maternity pad pun tak menahan jugak. habis lencun kain batik pakai time tu.

Memang itu dah tanda sangat, terus ke hospital. bukaan 1 cm. menahanlah sakit kita ni 8 jam. baru jalan buka besar.

Anak kedua, sakit perut memulas nak buang air besar. memang cirit birit saya waktu tu. keluar masuk tanda. macam salah makan kan. cirit birit dah sudah. sampaikan takde apa nak keluar lagi. tapi sakit perut memulas lain macam. selang 5 minit rasa sakit dan makin kerap. haa...itu pun rupanya tanda bersalin. Tapi anak kedua ambil masa sikit. tak rushing sangat. jadi saya berjalan-jalan kat dalam rumah.

Tak tahan sangat, pergi hospital. dah buka 5 cm. Allah mudahkan jalan -- kali ni 2 jam je keluar baby.  Maknanya saya dah lalui no 3 dan no 7.

Macam mana pengalaman mommies yang lain? yang dah melahirkan anak ramai lagi banyak pengalaman kan? boleh lah kongsi di ruang komen. 

Kepada yang bakal melahirkan anak. Jangan risau, nak bersalin ni sakitnya rasa macam nak buang air besar je. hehehe sakit memang sakit. tapi sakitnya tak adalah sampai keluar air mata. itu lah yang mak saya cakap dulu. sampai sekarang saya ingat. Sakit yang tak keluarkan air mata. hehehe..

ok, jumpa lagi mommies! 

Tuesday 1 July 2014

Merawat Demam Tanpa Dadah

Hai semua mommies kat luar sana. Dah lama rasanya tak update post untuk mommies. So ini saya ada terjumpa satu post di facebook untuk perkongsian bersama. Sekarang musim panas terkadang tak menentu. Anak-anak mudah demam dan dijangkiti macam-macam bakteria dan virus. Bagi yang mahu mencuba merawat demam anak-anak tanpa makan ubat yang diberi oleh doktor boleh lah baca artikel di bawah ini ya. Saya copy paste sahaja. Moga ada manfaatnya.


RAWAT DEMAM TANPA DADAH ( Bukan bermakna menidakkan perubatan moden) - Silalah share ye. Tak perlu mohon tag cuma taip saja di ruang komen nama rakan2 yang hendak dikongsikan.


Saya simpati melihat anak2 kecil demam melarat-larat. Kita sebagai ibu kena tahu bagaimana demam boleh berlaku dan apa yang perlu dibuat seawal mungkin untuk elak demam melarat. Asal badan panas sikit, terus bagi ubat. Kasihan anak2.

Demam bermakna badan sedang melawan virus/bakteria yang menyerang. Bila diberi ubat cepat sangat, mungkin akan menganggu pembentukan imun badan.

Ini kemungkinan. Bila badan diserang virus/bakteria , antibodi badan akan mengangkat senjata melawan dan ketika itu badan akan panas. Jika kita beri ubat , virus/bakteria yang menyerang itu akan tertidur sebentar dan suhu badan pun turun. Bila virus/bakteria terjaga , imun badan baru angkat senjata untuk lawan (ketika itu badan panas semula) kita pun bagi ubat. Maka virus/bakteria tadi terlena semula ( suhu badan pun turun). Begitulah keadaan virus/ bakteria bangun tido bangun tido maka pembentukan sistem imun badan pun tidak terbentuk dengan sempurna.

Jadi adalah lebih baik mengawal suhu badan .Mandi/jaram/jerlum untuk pastikan suhu tidak naik tinggi. Kita tak perlu takut untuk mandikan anak dengan kerap. Mandikan dengan air suam2 kuku. Setelah mandi, boleh sapukan minyak garlic kat dada..tapak kaki.. belakang anak. Tak sempat buat minyak garlic, minyak habbatussauda pun boleh.Tentu sejuk kan anak selepas mandi.

Tak perlulah pakaikan cool fever yang diproses itu mungkin ada bahan kimia bahan bertoksik yang mungkin boleh beri kesan pada masa panjang.

Mandikan.Air mandian boleh dicampur 2-3 sudu cuka epal/cuka kurma/epsom salt.

Kemudian, kita perlu Upkan imun badan anak dengan makanan/minuman semulajadi. Bagi anak di bawah usia 180 hari, seharusnya diberikan hanya susu ibu sahaja. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak . Allah jadikan susu ibu yang tinggi khasiat semulajadi tiada tandingan.

Untuk aktiviti jaram/jerlum adakala anak tak suka dengan tuala basah di badan. Jadi, LEMON SOCK boleh dipraktikkan. Caranya mudah . Stokin dibasahkan keseluruhannya dengan perahan air lemon. Stokin ini bukan bertujuan memberi kepanasan tetapi untuk menyedut panas badan. Pakaikan basah2 hingga agak2 kering, kemudian basahkan lagi. Pakaikan stoking panjang sampai lutut pun takpe.


Sekiranya tiada lemon, boleh juga menggunakan cuka kurma, cuka epal, air asam jawa atau boleh guna hirisan garlic . Pakaikan pada anak berulang kali buatlah sehingga suhu anak kembali normal.
Dalam masa yang sama, up imun badan anak. Bagi anak2 berumur lebih 7 bulan boleh diberikan vco, 8 bulan ke atas boleh bagi air kelapa, yogurt natural, air barli homemade, olivenol plus, minyak zaitun , bone broth (sup tulang/sup ayam direneh lama sikit), sesuaikan mengikut umur anak .

VCO ( Virgin Coconut Oil ) minyak kelapa dara sangat mujarab. Kandungannya tinggi antiviral antibacterial selamat bagi menggantikan ubat demam/PCM. Boleh VCO bagi setiap 5jam .



Saya juga suka buat begini. Hiriskan bawang besar nipis2 masukkan dalam piring dan letak berdekatan tempat tidur anak. Tujuannya utk menyerap udara tak sihat. Menyerap kuman2 bertebangan. Jika anak tidak demam pun bagus buat begini sebab kadang2 bila kita sapu dan mop bawah tempat yang sempit seperti bawah katil bawah sofa , habuk2 berterbangan dan bawang merah akan memerangkap udara yang tidak sihat itu.

Banyak sebenarnya yang kita boleh lakukan hanya dirumah. Yang paling penting, kita tahu dengan jelas setiap satu persatu tindakan yang kita perlu ambil.

Paling penting jangan malas2. Mak kena rajin dan SILA RAJINKAN DIRI demi anak yang diamanahkan itu.


Bagi anak bawah 6bulan, silalah breastfeeding sekerapnya. Dengan penyusuan susu ibu mampu membina antibodi anak secara semulajadi. Allah suruh menyusukan dengan susu ibu sangat besar hikmahnya. Takde susu ? Susu kering ? Bukan takde susu , bukan susu kering , TAKDE ILMU sebenarnya. Itu adalah fakta . Yang tidak breastfeeding (macam2 alasan) jangan kecil hati. Lapangkan dada galilah ilmu penyusuan, cari dimana silapnya. Carilah mereka yang terlatih di dalam membantu ibu2 menyusukan.

Yang menyusukan, kalau ada ambil supplement macam2 tu, cuba stop dulu semasa anak tak sihat. Ambil makanan sebenar kan lebih baik daripada yang telah diproses menjadi pil, serbuk dan cecair campuran .

Bagi yang dah bagi antibiotic, antibiotic ni bunuh bakteria jahat dan bakteria baik sekali. Jadi, untuk menjana (macam jana RM pula .. hihihi ) kembali bakteria baik, boleh lah berikan Lacto GG ade di farmasi bagi anak selepas umur 7 bulan mengikut dos yang dibenarkan. Boleh juga bagi tempe, yogurt . Sayuran buah2an pun banyak khasiatnya. Saya suka bagi plain yogurt jenama farm fresh saja pada anak2. Sedap dimakan dengan betik, mangga madu.

Kita selalu tersalah pandang. Demam atau sakit disebabkan oleh virus tetapi kita mengambil antibiotic sedangkan antibiotic digunakan untuk membunuh bakteria. Kesan antibiotic boleh dibuat serach ye. Saya sampai sekarang tertanya2 . Kenapa bila demam ade yang mengambil antibiotic ? Demam kerana virus ambil antibiotic sangat tertanya2 sebenarnya. Demam kerana virus patut ambil antiviral .

Syukur anak2 saya tak bergantung ada ubat setakat demam saja mudah mereka minum vco, air kelapa, sup2. Macam anak2 saya sangat suka kuah singgang. Tak kisah singgang apa. Letakkan garlic halia lebih. Itulah antiviral antibiotic yang sebenar. Jadi jangan hairan kalau rumah saya boleh habiskan garlic seminggu sekilo itupun kena berkira sikit takut tak sampai seminggu dah habis .

Paling penting juga, kawallah pemakanan anak2. Janganlah diberi makan jajan, air kotak, nugget, sosej, kentang goreng, makanan segera seperti KFC , McD , pizza dan banyak lagi. Ini kerana pengawet, perasa, pewarna yang ada dalam makanan yang diproses membuatkan system imun badan terganggu dan lemah. Berilah anak2 makanan sebenar yang sihat. In shaa ALLAH, walaupun anak2 demam, takkan melarat.

Mari kita kembali kepada fitrah. Memasak makanan sebenar yang berkhasiat di rumah. Bukan setakat kenyang, kita dapat meningkatkan antibody dan detoks semulajadi .

Kalau demam cirit birit, kalau dah start makan, bagi air kelapa, air barli homemade pun boleh. Jangan takut nak bagi. Sekali anak muntah atau cirit terus ambil tindakan serta supaya muntah/cirit tidak melarat.

Anak kalau lepas demam memang ada yang meragam tak selera makan. Ubat saya senang dan mudah. Buat bone broth. Sup tulang yang direneh 2-3jam diletakkan 2buku garlic. Alhamdulillah, anak2 bertuah saya walau demam makan laju je

Banyak rawatan semulajadi boleh dipraktikkan untuk merawat demam. Kita cuba baru kita tahu
Sebaik-baiknya cutilah bila anak demam. Sebab jam2 pertama ketika anak diserang demam itulah penting untuk kita ambil tindakan serta merta supaya tidak melarat. Berkorbanlah demi anak yang diamanahkan kepada kita itu.

Supplement harian kami sekeluarga adalah madu tualang, minyak zaiton , minyak kelapa dara, kurma, kismis dan buah2an segar.

rumah saya bebas ubat demam ubat batuk ubat selesema

Alhamdulillah

Kredit : Laman Kesihatan Ibu, Bayi & Anak

Untuk batuk selesema sila ke sini :
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200964239821698&set=pb.1637374728.-2207520000.1390967952.&type=3&theater
Kenapa saya menolak ubat demam ? Jawapannya di sini
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3572082194200&set=pb.1637374728.-2207520000.1390968780.&type=3&theater
#############

Walaupun ada yang kurang setuju pasal virus/bakteria bangun tidur bangun tidur , saya sangat bersyukur kerana saya sudah tidak menggunakan ubat demam batuk selesema sehingga hari ini.

Semoga memberi sedikit panduan kepada ibu bapa untuk dipraktikkan.

Sesungguhnya kepada Allah kita memohon . Sentiasalah kita bersandar kepadaNya.

Thursday 27 June 2013

Ibu Dalam Pantang : Resepi Ikan Haruan Kukus

Hai Mommies,

Tahniah kepada para mommies yang dah selamat melahirkan anak. alhamdulillah. bertambah lagi umat Muhammad di dunia ini.

Kat sini, saya ada satu resepi khas untuk mommies yang dalam pantang. Nanti boleh lah suruh suami / mak atau sesiapa yang menjaga mommies untuk masak ya. Mudah aje :)


Resepi Ikan Haruan Kukus


Bahan-bahan:

500 gm ikan haruan
5gm kulat hitam (dihiris halus)
10 gm bawang putih (dihiris halus)
20gm halia (dihiris halus)
15 ml serbuk ada hitam
1 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar (dihiris)

Cara Penyediaan:

1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan bawang putih, halia dan kulat hitam yarigtelah dihiris halus.
3. Masukkan pula sedikit air ke dalam kuali. Kemudian panaskan.
4. Tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
5. Sebelum dihidangkan, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.

Resepi ini boleh je guna untuk ikan lain. Ikan siakap ke...hehe...terpulang pada selera mommies la ya.

Resepi ini telah diambil daripada www.resepi4u.com

Kalau nak lebih banyak resepi dalam pantang boleh ke laman web itu.

Selamat menjadi panda wahai mommies yang baru melahirkan anak. :)

cik puan : seronoknya!

Wednesday 26 June 2013

Ibu Mengandung : Urutan Perineum

Hai mommies!

Macam mana kesihatan hari ini? Dengan cuaca jerebu sekarang ni, hopefully mommies semua jaga kesihatan ya. Terutama bakal-bakal mommies ni. Banyakkan minum air masak. Dan jangan terlalu terdedah dengan udara yang kurang sihat. Kalau boleh, duduk rumah jela ye.

Baiklah, hari ini kita sembang pasal urutan Perineum? Mommies semua dah hadiri kelas Antenatal ke belum? Kalau belum, nanti pergi nurse kat sana akan terangkan mengenai urutan Perineum. Jadi kira ni study dulu la sebelum masuk kelas. Kalau yang dah pergi kita refresh balik ya, apa itu urutan Perineum.


Bagi ibu mengandung harus tahu mengenai urutan ini untuk mengelak episiotomi iaitu kena gunting dan jahitan selepas bersalin.

Ini la namanya episiotomi..Tempat yang akan di gunting tu. 

Menurut doktor/nurse, kemungkinan dapat jahitan itu sangat tinggi kalau time kita meneran tu kita terangkat bontot, atau pun kepala baby besar, jadi kena gunting dan yang seumpama dengannya. Melalui urutan Perineum ni, InsyaAllah...kita boleh elakkan. Maksud elakkan di sini BUKANLAH CONFIRM punyalah tak kena episiotomi. Maksudnya kita boleh la cegah dengan membuat persiapan. Mencegah itukan lebih baik daripada mengubati. Cewah~!


Pertama kali melakukannya memang akan rasa sakit. Doktor dah pesan tu. Kalau sakit buat setakat yang mampu. Nanti dah hari-hari buat kita tak rasa sakit lagi. :) Yup! first time buat tu memang sakit. (saya sudah melakukannya dulu) Seeloknya buatlah selepas mandi sebab bahagian perineum lebih lembut dan selesa bila disentuh.

Teknik urutan perineum
1. Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina.  Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar.  Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat.  Ulang semula sehingga 10 kali.

Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.

sumber : http://www.oxfordradcliffe.nhs.uk/forpatients/090427patientinfoleaflets/090924perinealmassage.pdf
*Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perineum (macam mana nak urut, jari nak letak kat mana) mommies boleh la google sendiri ek. Sebab gambar-gambarnya sangatlah 18SX . hehe...

So, mommies semua jangan lupa ya, bila kandungan dah cecah 36 minggu dan ke atas. boleh lah mula untuk buat urutan ini. InsyaAllah, mungkin dapat elakkan. Tak percaya tanya mommies lain yang dah pernah buat.

Selamat berjaya!

cik puan : belum cuba belum tahu. :)


Tuesday 25 June 2013

Pakej Bersalin Hospital Pusrawi - Kuala Lumpur

Hai, jumpa lagi para ibu / bakal ibu.

Hari ni kita cerita pakej bersalin di Hospital Pusrawi, KL pula ya.
Harga untuk pakej bersalin di Hospital ini berbeza-beza bergantung kepada hak exclusive yang anda mahukan. Cewah...Kalau nak privacy, mestilah harganya mahal sikit kan?

Jadi untuk para ibu saya amik pakej yang termurah


Pakej Bersalin Hospital Pusrawi - KL

Pakej 3 - RM 2000



PAKEJ BERSALIN

  • PAKEJ 1
  • BILIK SEORANG
  • RM 2350
 Image

  • PAKEJ 2
  • BILIK BERDUA
  • RM 2150
 Image

  • PAKEJ 3
  • BILIK BEREMPAT
  • RM 2000
 Image


Pakej Termasuk :
  • Prosedur Kelahiran Normal.
  • Penginapan 2 Hari 1 Malam
  • Perundingan Pakar Perbidanan Dan Pakar Kanak-Kanak
  • Ujian Darah (G6PD, TSH, Blood Group) Hepatitis B, Vitamin K dan Suntikan BCG.
  • Caj Nurseri & Cukai Kerajaan
 nurseri.jpg baby.jpg

Pakej Tidak Termasuk :
  • Sebarang Komplikasi Semasa Prosedur.
  • Bayaran Di Luar Prosedur ( Tambahan Caj )
  • Ubat-ubatan Dan Suntikan Di Luar Pakej.

Syarat-syarat : 
  • Pakej Untuk Warganegara Malaysia Sahaja.
  • Kelayakan Untuk Pakej Ditentukan Oleh Pakar Perbidanan Pusrawi.
  • Membuat Pemeriksaan di Pusrawi Sekurang-kurangnya 2 Bulan Sebelum Tarikh Kelahiran.
  • Membuat Bayaran Penuh Semasa Mendaftar.
  • Pakej Tertakluk Di Bawah Terma & Syarat.
  • Pakej Terbatal Jika Komplikasi Berlaku.
Nota:
Untuk Pendaftaran Dan Sebarang Pertanyaan sila hubungi 03-2687 5000 samb. 2908, 2211, 2270, 2280, 5017, 5042.

Semua tu copy aje daripada website Hospital Pusrawi. Nanti boleh klik aje link kat atas tu ya.

Nak tahu pengalaman bersalin ibu-ibu di sini? Jangan risau, saya akan listkan untuk anda. :) saya kan baik. hehe...

Pengalaman bersalin versi Ekin


Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur


Tak banyak pula yang saya jumpa. Nanti kalau ada saya update lagi ok.

cik puan : Mahu bersalin di hospital swasta atau hospital kerajaan?



Monday 24 June 2013

Pakej Bersalin Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM) - Bandar Baru Bangi

Hai semua ibu-ibu / bakal ibu,

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog picisan ini. Memandangkan ramai ibu-ibu dan bakal-bakal ibu di luar sana yang sering memerlukan maklumat berkaitan ibu dan anak, maka wujudlah blog yang tidak seberapa ini.

Hari ini saya akan mulakan entry pertama "Help Mommies" dengan pakej-pakej bersalin yang munasabah dan sangat berbaloi untuk anda yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.

Maklumat yang saya perolehi ini hanyalah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. InsyaAllah, kalau saya ada maklumat banyak lagi, saya akan maklumkan untuk Negeri-negeri lain pula ya. Jangan berkecil hati ya ibu-ibu yang di luar kawasan tu. InsyaAllah.


Pakej Bersalin Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM) (Bangi)

Pakej NURKASIH - RM 1275


4 katil setiap bilik
  • Gim : PERCUMA 1 KALI penggunaan alatan gim, senaman berkumpulan, jakuzi, sauna dan mandia wap
  • Spa : 50% diskaun untuk 2 jam Pakej Spa

Setiap pakej yang ditawarkan meliputi:
  • Rawatan daripada pakar perbidanan dan pakar sakit puan(Perempuan)
  • Penginapan selama 2 hari 1 malam beserta makan
  • Nurseri, Ujian Kumpulan Darah, G6PD, dan suntikan (Vit, K, BGG dan Hep B1)
  • Pemeriksaan CTG( 2 kali setiap 10 minit mengikut sesi)
  • Pemeriksaan bayi oleh pakar
  • Penyediaan peralatan perubatan dan keperluan asas kehamilan

Syarat dan terma:
  • Menggunakan kaedah kelahiran normal
  • Pembayaran boleh dilakukan menggunakan:
  • Pembayaran Tunai
  • Kad Kredit
  • Skim Ansuran Antenatal sebelum kelahiran
  • Pemeriksaan sekurang-kurangnya 2 kali oleh Pakar Sakit Puan dan Perbidanan
  • Bayaran tempahan sebanyak RM300 diperlukan bagi setiap pakej yang ditawarkan
  • Bayaran tambahan diperlukan untuk tambahan peralatan atau ubatan semasa proses kelahiran menggunakan kaedah-kaedah khas seperti Vacuum, forsep dan suntikan anestetik.

Kalau para ibu / bakal ibu nak tahu pengalaman mommies lain yang bersalin di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah AZIM ini, saya senaraikan blog-blog mereka di bawah.


Pengalaman Bersalin di Pusat Rawatan Islam Azzahrah



LahIrnya SeorAng Puteri BerNama AZMUNA ZULFA




Detik 21 june 2012


Tak cukup lagi? heh. Awak kena cari sendirilah sayang. Saya bagi sekadar yang termampu. Nanti esok kita cerita pakej bersalin yang lain pula ya.

C ya~~

cik puan : seronok kan menunggu kelahiran bayi, lagi-lagi anak pertama :) :) :)