Hai mommies!
Macam mana kesihatan hari ini? Dengan cuaca jerebu sekarang ni, hopefully mommies semua jaga kesihatan ya. Terutama bakal-bakal mommies ni. Banyakkan minum air masak. Dan jangan terlalu terdedah dengan udara yang kurang sihat. Kalau boleh, duduk rumah jela ye.
Baiklah, hari ini kita sembang pasal urutan Perineum? Mommies semua dah hadiri kelas Antenatal ke belum? Kalau belum, nanti pergi nurse kat sana akan terangkan mengenai urutan Perineum. Jadi kira ni study dulu la sebelum masuk kelas. Kalau yang dah pergi kita refresh balik ya, apa itu urutan Perineum.
Bagi ibu mengandung harus tahu mengenai urutan ini untuk mengelak
episiotomi iaitu kena gunting dan jahitan selepas bersalin.
Ini la namanya episiotomi..Tempat yang akan di gunting tu.
Menurut doktor/nurse, kemungkinan dapat jahitan itu sangat tinggi kalau time kita meneran tu kita terangkat bontot, atau pun kepala baby besar, jadi kena
gunting dan yang seumpama dengannya. Melalui urutan Perineum ni, InsyaAllah...kita boleh elakkan. Maksud elakkan
di sini BUKANLAH CONFIRM punyalah tak kena episiotomi. Maksudnya kita
boleh la cegah dengan membuat persiapan. Mencegah itukan lebih baik daripada mengubati. Cewah~!
Pertama kali melakukannya memang akan rasa sakit. Doktor dah pesan tu.
Kalau sakit buat setakat yang mampu. Nanti dah hari-hari buat kita tak
rasa sakit lagi.
Yup! first time buat tu memang sakit. (saya sudah melakukannya dulu) Seeloknya buatlah selepas mandi
sebab bahagian perineum lebih lembut dan selesa bila disentuh.
Teknik urutan perineum
1. Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina. Ia seperti anda
hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat
dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.
sumber : http://www.oxfordradcliffe.nhs.uk/forpatients/090427patientinfoleaflets/090924perinealmassage.pdf
*Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perineum (macam mana nak
urut, jari nak letak kat mana) mommies boleh la google sendiri ek. Sebab gambar-gambarnya sangatlah 18SX . hehe...
So, mommies semua jangan lupa ya, bila kandungan dah cecah 36 minggu dan ke atas. boleh lah mula untuk buat urutan ini. InsyaAllah, mungkin dapat elakkan. Tak percaya tanya mommies lain yang dah pernah buat.
Selamat berjaya!
cik puan : belum cuba belum tahu. :)